Shopping Mall

Sunday, July 24, 2011

Gelagat Adli Zahran

Sekarang ni Adli Zahran sudah berumur 8 bulan 2 minggu.. Biarpun aku, Adli & mamanya bejauhan, namun tiap masa Ummu Zahran akan sms aku, inform kalau ada benda baru yang Adli buat.. Umur Adli 8 bulan ni banyak benda baru yang dia boleh buat.

1. Adli suda pandai makan roti sandwich @ roti paun, makan buah, dan pandai minta makanan orang.
2. Adli pandai duduk sendiri sudah, tanpa bantuan orang lain.

3. Adli buat muka lucu.



4. Adli pandai memanjat.
Adli panjat badan Bucunya
Adli dalam cubaan memanjat kerusi.

Adli berjaya mengankat badannya.

Akhirnya cuma dapat berdiri saja. Ndak jadi  naik ke atas kerusi.



Semoga Adli Zahran cepat belajar, cepat pandai berjalan.. Amin..

Friday, July 22, 2011

We are 6 years and 11 month today..

Today is Anniversary for Abu & Ummu Zahran. Yang ke 6 tahun 11 Bulan. Bukan Wedding Anniversary k.. ni Couple Anniversary. Mmg kitorang celebrate 2 anniversary dalam 1 tahun. Couple Anniversary on 22nd of August and Wedding Anniversary on 27th Nov every year.. So bulan depan genaplah 7 tahun kitorang as a loving couple. Ermm.. kalu mau tambah lagi 1 anniversary bleh jgk, Anniversary perkenalan antara Abu & Ummu Zahran. Tapi x ingat la bila tarikh tu. Sbb kitorang dah kenal since tadika lagi.. mana nak ingat tarikh.. huhu. Nda pa, cukuplah 2 anniversary jak. Yang penting sentiasa ingat & wish for her..

Thursday, July 21, 2011

Konvo ke-4 PMU

Tahniah kepada para graduan PMU yang telah dianugerahkan Sijil & Diploma masing-masing hari ini. Esok beli news paper Sarawak, confirm ada crita pasal konvo kali ni..

Sesi pagi td aku bersama team JK Raptai & Pemandu Graduan memulakan tugas lewat sikit. 10.20a, baru kami gerak dari foyer JTMK. Sebab 10.30am baru dijadualkan graduan masuk dewan. Sedikit berubah jadual disebabkan perubahan jadual penerbangan Jet yang membawa Pehin Sri dari Kuching ke Mukah.

11.30am, Mc mengumumkan ketibaan YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib. Masa Pehin masuk ja dewan, lalu atas red carpet tu, ramai yang berebut berdiri di tepi red carpet, ambik gambar, bersalam-salaman ngan Pehin dan Puan Sri Ragad..

Alhamdulillah, majlis konvo berjalan lancar walaupun sedikit terlewat. Jam 2.30pm, tugas aku dan team sesi pagi pun selesai.  

Wednesday, July 20, 2011

Raptai Konvokesyen ke-4 Politeknik Mukah Sarawak

Hari ni diadakan raptai penuh untuk majlis konvo PMU yang ke-4 yang akan berlansung esok. Aku terlibat secara lansung dalam persiapan raptai ni sebab aku dalam team ajk raptai dan pemandu graduan. tugasku mudah, iring graduan daripada tempat berkumpul ke Dewan Serbaguna PMU dan memandu graduan semasa turun dari pentas selepas menerima sijil & diploma. Cuma yang payahnya, kena berpanas semasa berarak bersama graduan ke Dewan Serbaguna dan kena berdiri hampir sejam semasa anugerah disampaikan. Tapi lepas saja sesi pagi tamat, tugas team aku pun selesai sebab sesi petang ada teamnya sendiri. Apa yang aku harapkan, esok pagi cuaca baik, tidak terlampau panas dan tidak hujan. amin..

Saturday, July 16, 2011

Dalat dan Oya

Hari ni kali pertama aku menjejakkan kaki ke Daerah Dalat, salah satu derah dalam Bahagian Mukah, Sarawak. Lebih kurang jam 11 pagi aku dan Mijul gerak ke Dalat. Tujuannya, mau tengok barangan elektrik seperti TV, peti ais dan mesin basuh. Seterusnya membuat perbandingan harga dengan kedai di Mukah. Orang bilang barang di Dalat ni murah, tu yang sanggup turun tuk servay tu.

Pejalanan dari Poli Mukah ke Dalat ambil masa lebih kurang 40 minit. Dekat jak. Sampai jak di Pekan Dalat, kami rehat jap dekat jeti bot ekspress Dalat-Sibu. Kalau mau rasa pejalanan ke Sibu melalui sungai, boleh la naik bot ekspress ni. Pejalanan dari Dalat ke Sibu ambil masa lebih kurang 2 jam. Kalau driving, makan masa 2 jam 40 minit hingga 3 jam. Pas rehat-rehat, kami lunch di satu restoran melayu, lupa suda nama restoran tu.

Bila perut da kenyang, mula la masuk ke kedai-kedai letrik yang ada di Dalat. Ada 3 kedai letrik besar yang sempat kami masuk. Aku cuma mau servay harga fully automatic washing machine, untuk kegunaan isteriku nanti. Setelah berpuas hati dengan pemantauan kami, kami pun berangkat la balik ke Mukah.

Dalam pejalanan balik, kami singgah jap ke Oya, mau tengok rupa Pekan Oya, Sepanjang pejalanan ke Pekan Oya, nampak tanda-tanda keamanan dan kedamaian penduduk di sana. Rumah-rumah kayu yang cantik menghiasi kiri dan kanan jalan. Akhirnya kami sampai ke Pekan Oya. Cuma ada 2 blok kedai papan di tepi jalan. Terasa macam berada di Pekan Kimanis atau Pekan Lama Mesapol (yang sudah terbakar tu).. tapi nampaknya kedai di Pekan Oya ni lagi tua daripada kedai di Pekan Kimanis. Sayangnya, langsung tidak terlintas difikiran ketika itu untuk mengambil gambar keadaan Pekan Oya. Lain kali la datang lagi pi ambil gambar. Selepas tu kami teruskan perjalanan kembali ke Mukah.

Thursday, June 30, 2011

Last Day EEP..

Alkisah sepanjang 4 ari ni, 27 Jun hingga ke hari ini, lecturer-lecturer baru diarah mengikuti kursus yang dipanggil EEP. English Enhancement Programme. Hari ni the last day. Sepanjang 4 hari ni jugak la perasaan nerves mendiami diri ni. Expecially bila part public speaking & micro teaching.. ni x abis neves lagi ni. petang ni ada post-test pulak. Ada markah oo.. harap xla susah sangat. ni baru mau study ni.. Good luck Abu Zahran!

Tuesday, June 21, 2011

Sejarah Batu Hidup Kg.Brunei Kimanis, Papar.

Informasi ini dipetik daripada blog http://zaini.kimanis.net


"Petikan Dari
http://azmahnordin.blogspot.com/2010/06/batu-hidup-di-kampung-brunei-kimanis.html



"Apakah sebabnya batu itu dinamakan Batu Hidup, Pak Cik Mali?" Begitulah soalan yang sering ditanya oleh pelbagai masyarakat luar yang datang melawat atau membuat kajian asal usul di Kimanis.
Pak Cik Mali bin Haji Mokti( Arwah ), Pencerita utama lahir pada 26.06.1931, di kampung Kimanis. Moyangnya adalah merupakan orang pertama dan berkuasa di daerah Kimanis. Sebelum tahun 1900 moyangnya telah dilantik oleh Sultan Brunei untuk mentadbir Kimanis. Moyangnya bernama Badar dan mendapat gelaran "Penyurat" daripada Sultan Brunei. Pak Cik Mali menjemput mereka duduk di serambi rumah papannya. Dari situ mereka semua boleh melihat sungai dan bukit bukau nun jauh. "Peristiwa ini berlaku jauh pada zaman lampau, sebelum ada pemerintah apatah
lagi undang-undang. Setiap kampung mempunyai puaknya sendiri. Mereka, antara

puak-puak itu tidak habis-habis bermusuhan sehingga banyak nyawa menjadi korban. Namun mereka hidup sebagai petani dan nelayan." Pak Cik Mali mengajak pendengarnya untuk membayangkan suasana zaman lampau. Zaman arwah moyangnya. Pak Cik Mali dengan penuh semangat hendak meneruskan ceritanya. Tiba-tiba…
"Sekejap, Pak Cik… terlupa saya sediakan alat perakam suara yang saya bawa," ujar seorang anak muda ketua rombongan, sambil mengeluarkan alat perakam suara itu dari dalam beg gendongnya. Sementara menanti Pak Cik Mali bersuara kembali, anak muda itu merenung ke arah sungai dan bukit bukau di hulu sungai tanpa berkata-kata. Pak Cik Mali senyum mengerti lakuan anak muda itu. "Biarlah Pak Cik mulakan kisah itu dari sungai dan persekitrannya , sebab setiap kehidupan bermula dari air," ujar Pak Cik Mali, tertawa kecil sambil membetulkan punggungnya sehingga dia dapat duduk di atas kerusi rotannya dengan nyaman. Kemudian Pak Cik Mali melanjutkan kisah "Batu Hidup" dengan kalimat pembukaannya. Telah diceritakan oleh nenek moyangnya bahawa, ketika itu sungai Kimanis jauh lebih lebar dan dalam airnya. Airnya mengalir turun dari muncung gunung ganang dan bukit bukau yang diseliputi kabus putih bersih, lembah dan lurah, jurang tirus dan pepohon yang menghijau. Ianya terbentang di depan mata. itulah dia banjaran Crocker. Air jernihnya mengalir turun lancar ke hulu sungai mengalir ke Laut China Selatan, dimana matahari terbenam. Maka bermulalah pembinaan beberapa buah kampung di sepanjang sungai tersebut. Setiap kampung mempunyai puaknya tersendiri. Kehidupan mereka selain bercucuk tanam adalah menjadi nelayan tepi pantai dan sungai. Namun, puak-puak ini sering bergaduh diantara mereka, sehingga ada mereka yang menjadi musuh berpanjangan. Manakala, di sebuah perkampungan bernama kampung Darat (sekarang dikenali
dengan nama kampung Brunei Kimanis) puak ini diketuai oleh seorang penghulu

bernama Datuk Pulang bersama-sama dengan rakan karibnya bergelar Datuk Pelompong. Datuk Pulang membina rumah panjang untuk puaknya dan semua penghuni tinggal bersama berkongsi semua yang ada di dalam rumah panjang tersebut. Namun Datuk Pelompong membina rumah-rumah berasingan sebuah-sekeluarga, bersama puaknya di kampung yang sama. Puak Datuk Pulang dan puak Datuk Pelompong adalah jiran sekampung di kampung Darat tersebut. Puak-puak sekampung ini saling berkerjasama dan bantu membantu. Semua penghuni patuh terhadap penghulu mereka, hatta mereka hidup sentosa, tenteram dan bahagia.
Puak-puak kampung Darat ini terdidik dengan sikap tidak mengemari mencetus
permusuhan dengan puak berlainan kampung, kecuali orang asing, atau puak lain

mendahului menggangu atau mencabar kedaulatan kampung atau menguji kesabaran

mereka. Selain dari itu, adab laluan masuk kampung bagi pendatang, yang tertib,

mestilah dari pintu hadapan. Bagi yang lalu di belakang rumah adalah dianggap berniat jahat atau penceroboh.
Suatu hari menjelang pagi, Datuk Pulang dan mereka yang dewasa tidak turun
ke dusun. Mereka berhasrat hendak menangkap ikan di paya atau di tasik jauh di pinggiran kampung. Seperti biasa sebelum mereka meninggalkan rumah panjang, barang-barang bernilai seperti emas dan perak disembunyikan. Ini dilakukan supaya barang-barang tersebut tidak dicuri oleh puak-puak penyerobot dari kampung lain. Mereka yang ditinggalkan di rumah panjang semuanya kanak-kanak.
Manakala pada pagi yang sama Datuk Pelompong dan puaknya yang dewasa sudah lebih awal mengayuh sampan mereka menyusur perlahan meredah sungai Kimanis ke arah muara sungai ke tepi pantai laut. Mereka mencari ikan, ketam, sotong , kerang di kawasan celah hutan pokok bakau dan di terumbu karang masa air laut surut. Seperti sudah jadi satu kebiasaan, puak Datuk Pelompong dan puak Datuk Pulang akan bertukar-tukar hasil pencarian mereka di kampung Darat. Kumpulan Datuk Pulang mula bertolak menyusur semak samun. Semuanya berhati- hati supaya tidak terkena calar balar, tercakar duri dan miang atau rumput lalang ketika mereka merentasi belukar. Tidak lama kemudian mereka sudah menghampiri hutan. Terasa bau harum amat bila deru terbang dari setiap penjuru hutan membawa bauan pelbagai bunga, dari hujung paya. Mulalah mereka menangkap ikan dengan pelbagai cara, mereka dapat ikan sepat, jelawat, haruan, keli dan talapia. Setelah hari hampir petang, cuaca beralih menjadi redup. Mereka pun bersiap-siap untuk pulang ke rumah panjang. Dengan tidak sekali terduga, di sebalik peninggalan puak Datuk Pulang, segerombolan ayau (lanun) yang baru habis berpesta minum-minuman memabukkan, telah menceroboh rumah panjang dengan niat untuk menyamun. Oleh sebab tiada seorang pun penghuni dewasa, maka mudahlah penyamun-penyamun itu menyelongkar untuk mendapatkan harta benda yang bernilai di setiap ruang dan sudut rumah panjang itu. Peralatan rumah habis berselerak di atas lantai. Mereka amat marah dan kecewa sebab tidak mendapat satu pun barang bernilai tinggi dari rumah panjang yang mereka cerobohi itu. Penghuni yang ada pada ketika itu adalah anak-anak puak Datuk Pulang. Ketua lanun itu mengarah pengikut-pengikutnya supaya membunuh semua kanak-kanak itu supaya tiada sesiapa boleh memberi keterangan dan mengenali mereka. Kemudian lanun-lanun itu pantas meninggalkan rumah panjang tersebut. Tanpa mereka sedari ada seorang budak perempuan penghuni bersembunyi di dapur dan menyaksikan perbuatan kejam lanun-lanun itu. Menjelang petang hari, Datuk Pulang dan kumpulan puaknya yang lain pun pulang. Setiba mereka di rumah panjang, mereka menjadi hairan. Tidak kelihatan seorang pun anak-anak mereka. Alangkah terperanjatnya mereka apabila sampai di pintu hadapan melihat ke dalam rumah mereka yang berselerak. Suasana di rumah panjang itu begitu hening. Datuk Pulang terkilan bercampur baran. Seketika kemudian muncul seorang budak perempuan yang tadi bersembunyi di dapur. Maka diterangkan oleh budak perempuan bentuk rupa ketua lanun yang mabuk itu dan beberapa orang pengikutnya. "Lanun-lanun yang mabuk itu turun dari rumah panjang dan berlari ke arah hulu," terang kanak-kanak yang terselamat itu dengan nada tersekat sekat, terketar- ketar sambil meratap kepiluan, tersedu-sedu. Datuk Pulang terkejut. Dia dan orang-orangnya mensyaki puak di sebelah hulu itulah yang bertanggungjawab melakukan tindakan yang kejam itu. Penghuni rumah panjang kampung Darat kemudian bersumpah yang mereka akan membalas dendam ke atas mereka terutama puak-puak yang tinggal di sebelah hulu. Mereka terus berunding dan merancang untuk mencari mereka yang bertanggungjawab. Ketika itu juga Datuk Pelompong dan kumpulan puaknya mendarat di tebing
sungai. Apabila mereka melintas rumah panjang, Datuk Pulang terus memberitahu

Datuk Pelompong bahawa rumah panjang mereka telah diserang lanun dan kanak-kanak mereka telah dibunuh. Alangkah terkejutnya Datuk Pelompong dan amat sedih melihat kejadian tersebut. Datuk Pelompong menyatakan hasratnya untuk membantu Datuk Pulang mencari lanun-lanun tersebut.
"Jangan kita pergi beramai-ramai, biar aku seorang sahaja yang pergi mencari
lanun-lanun laknat itu. Kamu semua tunggu sahaja disini!" tegah Datuk Pulang dengan

tegas kepada Datuk Pelompong dan pengikut-pengikutnya.
"Mengapa pula kami tidak boleh ikut Tuk? Kan lebih baik kalau kita beramai-ramai mencari lanun-lanun laknat itu?" tanya ketua Pelombong degan perasaan berkobar-kobar marah. "Ya Tuk, kami juga hendak ikut!" laung anak-anak buahnya yang lain. Seperti tidak sabar untuk menuntut bela. "Kamu sekalian berjaga sahaja di sini. Kamu semua mesti berkelakuan seperti biasa, supaya orang tidak menyedari apa yang aku akan lakukan nanti. Aku tidak mahu membahyakan orang-orang kita. Kalau kita berramai-ramai pergi nanti banyak pula antara orang kita terkorban. Kamu kemaskan pentas lansaran untuk upacara kukui." sambung Datuk Pulang kepada puak rumah panjangnya.. Akhir kata, mereka yang lain pun terpaksa akur dan bersetuju dengan keputusan dan cadangan Datuk Pulang. Saatnya sudah tiba, Datuk Pulang melangkah dengan seribu kekuatan semangat untuk membongkar kepincangan. Dia memilih waktu awal pagi apabila hari hampir siang. Sasarannya yang pertama adalah kampung Hulu. Apabila sahaja Datuk Pulang menemui orang sedang mabuk keluar dari rumahnya berjalan seorang, dan cuba lari apabila ternampak Datuk Pulang menghampirinya, maka tahulah Datuk Pulang bahawa itulah lanun yang dicarinya. Datuk Pulang lebih pantas menerkam mangsanya dan membunuhnya. Hari itu tiga orang mabuk terkorban oleh Datuk Pulang. Kepala-kepala mangsa itu dibawanya pulang dan digantung di atas pentas rumah panjang. Datuk Pulang mengulangi tradisi nenek moyangnya di daerah pedalaman zaman
itu, setiap kali seseorang berjaya membawa pulang tengkorak kepala orang, pada

malamnya diadakan keramaian secara besar-besaran. Maka pada malam itu ada upacara

kukui dan pemujaan oleh puak Datuk Pulang di hadapan tengkorak-tengkorak tersebut. Paluan kulintangan agung, berdengungan di udara, mengiringi tarian tagunggak dan lain-lain. Menurut kepercayaan mereka, berbuat demikian adalah supaya roh si mati tidak akan menggangu.
Selanjutnya Datuk Pulang hanya keluar mencari mangsanya dua atau tiga hari sahaja dalam seminggu. Hari-hari lain dia berehat supaya perbuatannya tidak diketahui penghuni kampung-kampung tersebut. Setelah beberapa lama penggal memenggal kepala ini dilakukan di kampung-kampung Hulu, suasana kehidupan harian mereka sentiasa dalam ketakutan. Mulalah penduduk kampung-kampung Hulu itu sentiasa berjaga-jaga. Maka sampailah giliran sebuah lagi kampung yang kenali sebagai kampung Kelatuan, menjadi sasaran Datuk Pulang. Ketika itu kampung Kelatuan juga mempunyai sebatang sungai yang besar dan lebar. Berhampiran ada bukit yang tinggi dan curam. Semasa Datuk Pulang dapat memenggal kepala mangsanya, ada seorang yang terlihat kejadian tersebut dari jauh. Maka dia pun menjerit memanggil orang-orang kampung. Mereka cuba mengepung Datuk Pulang dari tiga penjuru.
Tiada siapa menduga sebelum ini, bahawa Datu Pulang bukan sebarang orang. Dengan sekali lompatan, dia sudah berada di seberang sungai yang lebar itu. Kemudian dengan sekelip mata memandang, dia dilihat sedang mendaki dan memanjat bukit yang curam itu. Orang-orang kampung Kelatuan itu mengejarnya, mengunakan perahu untuk menyerbang sungai. Dalam masa mereka dalam kesulitan memanjat bukit Kelatuan itu sehingga sampai ke puncaknya, Datuk Pulang sudah lama beristirehat di kampungnya. Setelah berehat beberapa hari selepas kampung Kelatuan, Datuk Pulang meneruskan sasaran barunya, kampung Pengalat. Minggu seterusnya, kampung Beringgis dan kampung Pendawan. Kemudian akhirnya sampai ke kampung Putatan. Huru hara yang dilakukan Datuk Pulang itu memaksa Penghulu kampung Putatan memanggil tiga orang lelaki yang dikenali sangat kuat dan gagah perkasa. Datu Penghulu Putatan mengarah mereka bertiga untuk mencari Datuk Pulang, jika boleh terus saja tamatkan riwayatnya! Ketiga-tiga orang lelaki jaguh kampung lagi gagah perkasa tersebut pun mulalah pergi mencari dan terus mencari Datuk Pulang, dari satu kampung ke satu kampung yang lain, ke arah selatan. Mereka bertanya nama Datuk Pulang, dengan harapan ada orang yang mengenalinya, di setiap perkampungan yang di singgahi mereka. Syahadan, akhirnya tiga lelaki kampung Putatan pun tiba di kampung Darat. Mereka terlihat seorang tua yang sedang mengasah sebilah parang. Kemudian secara serempak mereka menuju ke hadapan orang tua itu. Dengan suara garau, kasar dan garang seorang daripada mereka bertanya kepada orang tua itu. "Liau! Adakah kau kenal orang yang namanya Datuk Pulang di kampung ini?" Sergah salah seorang lelaki Putatan itu. "Ya! aku kenal Datuk Pulang, apa hajat kamu mahu berjumpa dengannya?" jawab orang tua itu dengan nada lembut. Ketiga–tiga lelaki kampung Putatan itu pun memberitahu orang tua itu, bahawa mereka telah diarah oleh Datuk Penghulu Putatan mereka, untuk menguji kekuatan Datuk Pulang. Mereka telah banyak mendengar cerita tentang kegagahan Datuk Pulang. Mereka mahu bertarung dengannya dan membunuh Datuk Pulang jika perlu. Setelah Orang tua itu mengetahui hajat mereka dia pun teringin untuk menguji kegagahan mereka. Orang tua itu segera berhenti mengasah parangnya, dan langsung mendongak ke arah ketiga orang lelaki dari kampung Putatan itu yang berdiri di hadapannya. Orang tua itu, dengan jari telunjuknya menunjuk ke arah pokok kelapa yang tinggi. "Baiklah! Jikalau kamu boleh lakukan dengan sekali lompat saja dan berjaya mengambil pucuk daun Kelapa itu, baru aku memberitahu kamu dimana kamu boleh berjumpa dengan Datuk Pulang." ujar orang tua itu sambil bangun dari duduknya. "Senang saja itu bah!" jawab seorang daripada lelaki kampung Putatan itu. Memang pada permulannya ketiga lelaki kampung Putatan itu menyatakan mudah saja untuk menunaikan permintaan orang tua itu. Mereka pun cuba melompat, seorang demi seorang. Tetapi tidak seorang pun yang terdaya melompat setinggi pohon kelapa itu. Paling tinggi pun, setakat seperti kijang apabila terkejut melompat! Itu pun boleh dikira handal daripada orang kebanyakan. Mana boleh orang tua seperti itu menyamai kudrat melompat setinggi itu seperti mereka, fikir ketiga-tiga lelaki itu. Sekarang sampai giliran orang tua itu pula untuk menunjukan kehandalannya. Dengan sekali melompat seperti layang-layang badannya naik ke udara dan berjaya mengambil pucuk daun kelapa tersebut. Kini, mereka bertiga bagai kijang terjerat, tercenggang bodoh mereka menyaksikannya, tunduk malu ketiga-tiga lelaki tersebut. "Masih kah kamu mahu berjumpa Datuk Pulang?" tanya orang tua itu kepada ketiga orang lelaki dari Putatan yang dikatakan jaguh lagi gagah perkasa itu.
Ketiga-tiga lelaki itu senyap bisu seketika, umpama kijang berhadapan dengan harimau. "Sayalah Datuk Pulang, Penghulu di kampung Darat ini " sambung orang tua tadi, nada suaranya mula meninggi, amarah yang disembunyikan di dalam dadanya sejak tadi sudah meruap keluar melalui mulutnya. Namun apabila melihat ketiga-tiga lelaki itu ketakutan dan memohon ampun dan maaf, timbul pula rasa simpati di hati Datuk Pulang. Setelah itu, Datuk Pulang pun menyuruh ketiga-tiga lelaki itu beredar dan meminta mereka menyampaikan kepada Datuk Penghulu Putatan, bahawa Datuk Pulang masih hidup dan berada di kampung Darat Kimanis.
Sejurus kemudian ketiga-tiga lelaki itu pun mengorak langkah untuk pulang ke kampung mereka. Setiba sahaja mereka bertiga di Putatan, mereka terus menceritakan apa yang telah berlaku, kepada Penghulu Putatan. Penghulu Putatan merasa amat gelisah setelah mendengar keterangan tiga lelaki itu. Mereka mengakui bahawa mereka tidak akan dapat mengalahkan kehandalan Datu Pulang. Hanya satu saja jalan untuk menjamin keselamatan penduduk kampung Putatan. Iaitu memohon pendamaian kepada Datuk Pulang. Penghulu Putatan pun mengatur anak buahnya untuk membuat satu rombongan bersamanya menemui Datuk Pulang di kampung Darat Kimanis. Apabila rombongan Penghulu Putatan tiba di kampung Darat, mereka terus berjumpa Datuk Pulang untuk berunding tentang pendamaian antara kampung-kampung. Datuk Pulang bersedia untuk berdamai tetapi dengan syarat, iaitu Penghulu Putatan hendaklah membawa satu bongkah batu untuk di tanam di satu kawasan kampung Brunei Kimanis. Kemudian di situ akan mereka adakan satu upacara persumpahan perdamaian. Datuk Penghulu Putatan sangat bersetuju dengan syarat yang dipinta oleh Datuk Pulang. Semua penduduk kampung, terutamanya ketua-ketua puak serta ketua ketua kampung yang berada di sekitar daerah Papar dan yang melingkupi kampung Darat, kampung Brunei Kimanis hinggalah ke putatan. Maka hari yang telah ditetapkan pun tiba. Bongkah batu tunggal yang tegak,lilitan sekelilingnya sepemeluk orang dewasa. Tingginya lebih kurang 180 sentimeter, menyerupai tugu, telah dapat dibawa dari Putatan. Bongkah batu itu dibawa dengan  perahu melalui jalan laut, sebab belum ada jalan yang baik jika melalui daratan. Batu yang sangat berat itu dibaluti dengan kain bercorak bunga-bunga, tanda penghargaan dan pendamaian. Kemudian baru dimuatkan ke dalam perahu yang dilayarkan supaya tidak penat berkayuh di lautan. Perahu pembawa bongkah batu itu diarak masuk sungai Kimanis. Sampai di tebing sungai, bongkah batu itu diturunkan ke daratan dan ditarik oleh seekor kerbau terpilih yang mempunyai tenaga luar biasa kuatnya, namanya " Si Gendang Perang ".   Setelah tiba di sebuah kaki bukit, bongkah batu itu terus dipacakkan ke tanah beramai-ramai. Setelah tegak berdiri maka acara selanjutnya dijalankan, dan secara
kebetulan pada masa itu seorang yang telah ditangkap kerana melakukan kekejaman,
diikat kedua belah tangannya pada bongkah batu tersebut. Ketika itu kesemua orang-orang kampung sudah berhimpun. Panghulu-Penghulu kampung, ketua-ketua puak, orang-orang yang terkenal kegagahannya, ketua-ketua kampung, sudah pun hadir. Upacra bersumpah pun dijalankan. Persumpahan itu diketuai oleh Datuk Pulang sendiri. Mereka bersumpah akan tidak melakukan perbuatan ganggu menggangu dan bunuh membunuh antara satu puak dengan puak yang lain. Barang siapa yang melanggar sumpah, maka orang itu akan ditangkap dan diikat pada bongkah batu itu dan mesti dihukum dengan mengalirkan darahnya pada bongkah batu tersebut. Orang itu akan ditikam bergilir-gilir oleh setiap ketua puak hingga mati.
Setelah selesai sahaja lafaz sumpah, Datuk Pulang pun mengatakan yang bongkah batu itu mesti terus dimandikan dengan darah manusia yang berdosa. Datuk pulang terus mencabut kerisnya dan menikam orang yang tadi diikat kepada bongkah batu itu. Sejurus kemudian diikuti oleh ketua-ketua puak, ketua-ketua kampung dan orang-orang yang gagah secara bergilir-gilir. Mereka hanya berhenti menikam setelah orang yang bersalah itu sudah tidak bernyawa.
Semenjak hari persumpahan itu, apabila orang yang tertangkap kerana melakukan kesalahan yang diakui oleh masyarakat, maka hukuman akan dijatuhkan di tempat itu juga. Peristiwa perjanjian persumpahan itu mengakibatkan, lama kelamaan kegiatan menghuru-harakan ketenterman orang ramai, dan bunuh membunuh yang dahulu sering berlaku, tidak lagi berlaku sewenang-wenangnya. Secara langsung atau tidak kekacauan yang sering berlaku sebelumnya dapat diatasi. Diringkaskan cerita, sampailah penghujung riwayat Penghulu Datuk Pulang, dia pun meninggal dunia. Sebelum itu Datuk Pulang telah meninggalkan pesanan, bahawa apabila dia mati, dia ingin dikuburkan di kawasan berhampiran batu tersebut. Lalu ditunaikan hajatnya oleh anak-anak buahnya. Mayatnya dimasukan kedalam tempayan besar sebelum dikubur ke dalam tanah. Datuk Pelompong dengan puaknya walaupun berlainan budaya dengan Datuk Pulang, turut serta menghadiri pengkebumian sahabat baiknya dan jiran sekampung. Kurun demi kurun telah berlalu. Sejak Datuk Pulang dikebumikan di pohon batu sumpahan itu, ramai penduduk kampung Brunei Kimanis, dari satu keturunan ke satu keturunan menyedari bahawa batu berkenaan memang hidup. Bukti yang dapat dilihat, batu itu semakin lama semakin meninggi. Sehingga beberapa kurun kebelakang, ketinggiannya mencapai lebih kurang tiga ratus tiga puluh sentimeter atau bersamaan sebelas kaki lebih. Dua kali ganda dari ketinggian asalnya. Namun di antara tahun 1945 hingga 1946 bahagian atas batu itu telah patah dengan sendirinya dan gugur ke bumi. Sesuatu yang pelik berlaku, keratan batu yang jatuh kebawah itu kemudiannya ghaib dengan sendirinya. Kemudian dipercayai telah timbul berhampiran dengan sebuah rumah di kampung Kabang. Bentuknya juga menyerupai seperti batu sumpahan yang berada di kampung Brunei Kimanis. Didapati ia juga tumbuh dan membesar dari semasa ke semasa. Batu sumpahan atau batu hidup ada juga memanggilnya batu pembunuhan, bersama-sama tempayan yang besar, masih boleh dilihat di kampung Brunei Kimanis. Kawasan tersebut, telah diperbaiki dan dipelihara oleh penduduk-penduduk kampung.
"Pak Cik Mali, mengapa ada sesetengah orang datang dan menjadikan kawasan kubur itu sebagai keramat, minta pelbagai hajat dan menilik nasib.? Tanya seorang anak muda dengan penuh minat. "Penduduk kampung Brunei Islam tidak berbuat demikian. Syirik. Berdosa besar menyekutukan Tuhan !" tegas Pakcik Mali menamatkan ceritanya."

Begitulah sejarahnya bermula...Allahu A'lam

Tuesday, May 31, 2011

A Car For Me..

Salam.. belum bergaji lagi fikiran ni asyik berangan mo berkereta baru.. Mau yang 4X4 lagi tu. hehe.. sampai kemarin aku pegi pekan Mukah, dengan En.Mijul & Cik.Kat, round-round, terjumpalah sebuah kedai menjual kereta dan motosikal. Dari luar nampak satu Ford Ranger Hurrican color dark brown kalau x silap. Agak menarik, aku pun ajaklah si Mijul ni masuk. Plat QTG, Bintulu. Keta tu tahun 2005.. Tengok harga 57K. Boleh full loan, tapi mau 3 bulan slip gaji.. Siap aku masuk dalam keta tu lagi. hehe..Pastu terasa pelik pula, sorang yanng berbadan kecik macam aku ni bawa keta besar camtu, tenggelam, nampak kepala saja..

Then, tengok motosikal pula. Salesman tuk cakap kalau beli moto, boleh full loan juga, kalau xda slip gaji, surat tawaran keja kerajaan pun boleh guna.. Senangnya mau beli moto. Bagus beli moto jak. Tapi aku sudah ada moto di Sabah. Pas ambil beberapa keping brochure, kami pun blah dari kedai tu.. balik ke PMU..

Aku memang bercita-cita mau beli keta 4WD. Memandangkan sekarang aku menetap ni Mukah, dan xtau sampai bila aku akan berkhidmat di Mukah ni, aku rasa keta yang paling sesuai untuk aku ialah 4WD. Senang aku mau balik ke Sabah ikut jalan darat. Lebih jimatlah berbanding naik flight tiap kali balik Sabah. Kalau dulu sebelum dapat keja di Mukah ni, keta idaman aku ialah Nissan Grand Livina. Sebabnya keta tu luas, boleh masuk 7 orang, boleh sumbat banyak barang. Tapi sekarang ni xtaula sesuai lagi ka x beli Grand Livina. Mungkin kena guna Hilux pula pasni.

Anywhere, cuti gawai ni aku balik ambil keta wira yang aku biasa guna sekarang. Guna ja la keta tu dulu buat sementara waktu ni.. Dah stabil kewangan nanti baru beli keta baru..

Monday, May 30, 2011

Second Week Service at PMU

Hari ni start minggu kedua aku berkhidmat di PMU.. Minggu ni pula minggu kebanyakan staf jabatan aku dan jabatan2 lain bercuti. Maklumlah, 1&2 jun (Rabu & Khamis) ni cuti umum sempena Gawai. Ngam2 pula cuti semester, xda kelas, jadi ramailah yang apply cuti rehat.. Tinggal lah beberapa orang saja di ofis jabatan aku. Sungguh la sunyi dan buring.. Sudahlah internet xda. Mungkin semua staf UTM (Unit Teknologi Maklumat) sedang bercuti..nasib baiklah aku ada broadband, dapatlah online..


Ndak banyak keja pun hari ni.. cuma peristiwa penting hari ni, aku pegi SESCO, urus pemohonan sambungan bekalan elektrik untuk rumah aku di PMU. Petang ni baru dorang sambung karan di rumah tu..

Sunday, May 29, 2011

Rumahku Syurgaku

Salam.. hari ni aku masuk ke rumah kuaters PMU yang diamanahkan untuk ku.. Setelah 5 hari memohon rumah, akhirnya dapat jugak aku.. Best rasanya. Tadi petang dengan semangatnya aku membersihkan lantai rumah. Sapu & aku mop jugak..Walaupun ada beberapa kekurangan, tapi xpalah.. sabar saja.. Ni la antara gambar yang aku sempat ambil:
Set sofa di ruang tamu. Beg ku masih kuletakkan di sana.

Rak buku juga di ruang tamu.
Ruangan ke bilik tidur.
Ada ruangan untuk meja dan rak. Asalnya ruang ni kosong, aku pindahkan meja dan kerusi tu kat sini. Ruang ni akan jadi tempat aku buat kerja lah nanti.
Master bedroom. Ada almari dan tilam queen size. kena beli katil lah nanti. Meja grey tu akan ku pindahkan ke ruang study kelak.

Tandas master bedroom. Belum siap cuci lagi..
2nd & 3rd bedroom.

2nd bedroom. Ada alamari, tiada katil dan tilam.

3rd bedroom. Kosong. Tiada apa-apa perabot.

Ruang perjalanan ke ruang tamu dari master bedroom.
Tandas luar.

Pintu ke dapur.

Meja makan.

Kabinet dapur.

Beranda dapur.

Beranda depan.
Ni lah masalahnya. Burung besarang di siling beranda depan. Besar lagi tu sarangnya. Akibatnya berlakulah seperti gambar di bawah ni..:
Tahi sang burung.. alahai.. sabar ja lah..

Saturday, May 28, 2011

My Family

Hmm.. duk sorang-sorang di Dabai Inn ni, teringat plak family yang nun jauh di sana.. x sabar mau balik Sabah, jumpa anak bini.. Jom, aku perkenalkan family aku..



Isteri aku yang tersayang: Puan Noorashikin Binti Yusop

Seorang guru matematik di SMK.Beaufort, Sabah. InsyaAllah bulan 9 ni aku urus perpindahannya ke Mukah. Harap-harap dapatlah pindah Mukah ni tahun depan.

Anak ku yang comel dan sihat: Adli Zahran
Baru berumur 6 bulan lebih. Lahir di Hospital Beaufort. Masih fully BF sampai ke hari ini. Sebab tula Adli sihat jak.. Alhamdulillah.

Ni gambar-gambar kami bertiga masa aku tengah tunggu flight di KKIA. 22 Mei 2011..:

Weekend At Dabai Inn..

Weekend ni aku duk Dabai Inn jak. Kunci rumah staf dah dapat, ingat hari ni mau masuk rumah, bersihkan apa yang patut. tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, aku belum lagi dapat masuk ke rumah tersebut. Esok petang mungkin baru boleh bersihkan rumah. Isnin aku plan mau pegi SESCO tuk sambung karan. Isnin petang boleh check-out dari Dabai Inn ni la. Trus masuk rumah..

Ni sedikit gambar Pangsapuri Staf PMU yang sempat aku ambil.. 



Tuesday, May 24, 2011

Politeknik Mukah Sarawak

Panorama sebahagian kawasan PMU. Gambar diambil dari bangunan Pusat Sumber PMU..


Kantin PMU

Second Day at PMU

Salam.
Hari ni hari kedua aku berkhidmat di Politeknik Mukah (PMU). Agak
penat. Sebagai staf baru, banyaklah urusan yang kena dibuat. ke hulu,
ke hilir membawa envelop berisi pelbagai borang. Setelah punch in di
Office (JTMK) pada jam 7.20am dan breakfast di kantin PMU, aku dan 2
orang lagi staf baru, En.Hermizul dan Cik Katherine pergi ke Unit
Multimedia untuk mengambil gambar untuk buat kad staf.
Then aku pegi Library untuk fotostat dokumen yang perlu. Jam 10 kami
bertiga berangkat ke Hospital Mukah menaiki van PMU untuk buat medical
check-up. Urusan di Hospital siap jam 3pm. Pastu kami ke mahkamah
majistret Mukah, buat akuan bersumpah..kejap ja siap akuan sumpah tu.
dalam 10 minit ja. Selesai semua urusan kami balik PMU.
Sampai PMU, kami pegi buat emel rasmi PMU di unit IT. x dapat buat
terus, just ambil borang dan bawa ke office JTMK. Sebab kena minta
tandatangan ketua jabatan lagi borang tu.
Sampai JTMK, aku minta kebenaran dengan ketua jabatan untuk keluar
jabatan bsuk pagi, sebab aku plan mau ke Sibu untuk buat Pas Bekerja
(x tau la apa istilah sebenarnya..) di Imigresen. Mukah xda pejabat
imigresen, so kena pegi Sibu. Kenapa kena buat Pas Bekerja pula? Ha..
sebagai warga luar negeri Sarawak, kalau kita masuk ke Sarawak melalui
jalan darat atau udara, kita akan diberi 1 slip PAS LAWATAN (SOSIAL)
oleh imigresen. Slip IMM 114-Pindaan 1/86, yang di atasnya tertulis:
WELCOME TO SARAWAK
(TARIKH TIBA)
Permitted to enter and remain in SARAWAK for
NINETY DAYS (90 days) from date shown above.
Pas Lawatan (Sosial) ni dikeluarkan secara percuma untuk perjalanan ke
Sarawak ja. Pas ni juga tidak boleh digunakan untuk pekerjaan. Selepas
90 hari dari tarikh tiba, kita kena keluar Sarawak. So, bagi pekerja
yang akan berkhidmat di Mukah selama sekurang-kurangnya 3 tahun macam
aku ni, adalah lebih mudah jika memiliki Pas yang sah digunakan untuk
bekerja. Bisuk aku crita lagi pasal Pas tu...InsyaAllah.

Monday, May 23, 2011

Arrived at Mukah.

Salam..

Sebenarnya aku tiba di Airport Mukah kemarin (22/05/2011) jam 2pm. Tapi kemarin tiada kesempatan untuk update blog. So, now baru aku dapat update.

Ok, kemarin masa di Airport Miri aku ada book bilik di Pantai Harmoni Resort. Resort tu dekat dengan Politeknik Mukah, sebab tu aku pilih. Pastu harga bilik tu pun agak murah jugak. RM 50.00 satu malam. Sesuailah dengan bajet aku. Lagipun tuan punya resort tu offer mau ambil aku di Airport Mukah. So, sampai di Airport Mukah, tuan punya resort tu sudah tunggu aku. Makcik Hajah Dayang nama dia. Bila crita-crita dengan dia, rupanya dia dan suaminya, Pakcik Haji Hussien, bekerja di Poli Mukah sebagai kontraktor pembersihan. Dorang bukak kantin jugak di Poli Mukah. Sebab tu dia offer mau ambil aku dan akan hantar aku ke Poli esok paginya (hari ni la tu).

Sampai resort, aku masuklah ke chalet yang ada 2 single bed. Bilik tu ada bilik air dan tandas sendiri, ada heater, ada aircond. sesuai dengan harganya. Memandangkan resort tu tiada cafe atau restoran, maka pakcik Haji dan makcik Hajah tu pun ajaklah aku makan malam di bandar mukah. Sambil makan, pakcik haji cerita lah sedikit sebanyak pasal Bahagian Mukah ni. Aku pun tidak lepaskan peluang bertanya pasal keadaan jalan dari Mukah ke Sabah, sebab aku rancang mau bawa kereta dari Sabah ke sini nanti.

Pagi tadi baru aku lapor diri dengan pengarah Politeknik Mukah dan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK). Memandangkan belum ada kekosongan quarters pensyarah, jadi aku ditempatkan di Dabai Inn, hotel milik Poli Mukah. Poli bagi aku stay 1 minggu ni secara percuma sementara menunggu dapat rumah staf..

Sunday, May 22, 2011

Trip To Mukah

Salam,

Ya, aku skarang dalam pejalanan ke mukah. Alone. Bini & Anak ku terpaksa kutinggalkan di Sabah. Skarang ni aku berada di Airport Miri. Sedang menunggu Flight ke Mukah pada jam 12.55pm ni. Nasib baik dapat cek-in awal td. Kalau x, tepaksalah ke hulu ke hilir bawa Beg besar-besar.. Aku bawa Beg besar 2 buah, dan kotak sebuah. Jumlah berat bagasi 40 kilo lebih. 20kilo lebih dari had yang dibenarkan. Apa lagi, tepaksalah membayar kepada Maswings RM100. RM5 untuk setiap kilo yang lebih. Tapi tadi bila aku cek in untuk flight ke Mukah, dorang cas RM29 jak. Kenapa murah pulak? ka sebab flight ke Mukah naik Twin Otter jak? Em.. Musykil. Tapi baguslah kena cas murah, save bajet aku. hehe. Hm..2jam lagi mau boarding ke Mukah. Mau Google hotel murah di mukah dulu. Sebab malam ni kena bemalam di bandar Mukah dulu. Bisuk baru direct ke Politeknik Mukah untuk lapor diri di sana. Sekian, nanti aku update lagi...Wassalam.

Wednesday, May 18, 2011

KLIA TRANSIT SCHEDULE

Sekadar berkongsi. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan bersama. Jadual dipetik daripada laman web rasmi KLIA EXPRESS.






Taklimat Lapor Diri PPPT DH41

Assalamualaikum..

Bisuk (19 Mei 2011) aku akan hadiri satu taklimat lapor diri untuk sebelum aku melaporkan diri di Politeknik Mukah, Sarawak. Taklimat tu di Putrajaya. Kompleks E. Ndak tau di mana tu. First time ni mo masuk ke Putrajaya. Skarang ni aku di KLIA. Stay sini jak malam ni. Memandangkan bajet terhad, maka tidaklah aku membooking mana-mana hotel. Bisuk plan mau betolak ke Putrajaya dalam jam 6 lebih. paling lambat pun jam 7am. Naik KLIA Transit trus ke Putrajaya. Dari Stesen KLIA Transit Putrajaya, baru cari teksi ke Kompleks E tersebut. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.

Sebenarnya tadi aku tetidor suda. Pas makan, solat, pastu baring-baring di kerusi dekat KFC ni, tetidor pula. Ndak tereply SMS Si Bini.. Sekali bunyi pengumuman flight, tebangun aku.

Kesian, tepaksa ku tinggalkan sekejap Mrs.Ihsan dan anakku Adli Zahran. Untuk 2 malam. Really missing them. Ndak sabar mau balik KK.

Emm.. mau sambung tidur lagi. Selamat malam.