Shopping Mall

Thursday, June 30, 2011

Last Day EEP..

Alkisah sepanjang 4 ari ni, 27 Jun hingga ke hari ini, lecturer-lecturer baru diarah mengikuti kursus yang dipanggil EEP. English Enhancement Programme. Hari ni the last day. Sepanjang 4 hari ni jugak la perasaan nerves mendiami diri ni. Expecially bila part public speaking & micro teaching.. ni x abis neves lagi ni. petang ni ada post-test pulak. Ada markah oo.. harap xla susah sangat. ni baru mau study ni.. Good luck Abu Zahran!

Tuesday, June 21, 2011

Sejarah Batu Hidup Kg.Brunei Kimanis, Papar.

Informasi ini dipetik daripada blog http://zaini.kimanis.net


"Petikan Dari
http://azmahnordin.blogspot.com/2010/06/batu-hidup-di-kampung-brunei-kimanis.html



"Apakah sebabnya batu itu dinamakan Batu Hidup, Pak Cik Mali?" Begitulah soalan yang sering ditanya oleh pelbagai masyarakat luar yang datang melawat atau membuat kajian asal usul di Kimanis.
Pak Cik Mali bin Haji Mokti( Arwah ), Pencerita utama lahir pada 26.06.1931, di kampung Kimanis. Moyangnya adalah merupakan orang pertama dan berkuasa di daerah Kimanis. Sebelum tahun 1900 moyangnya telah dilantik oleh Sultan Brunei untuk mentadbir Kimanis. Moyangnya bernama Badar dan mendapat gelaran "Penyurat" daripada Sultan Brunei. Pak Cik Mali menjemput mereka duduk di serambi rumah papannya. Dari situ mereka semua boleh melihat sungai dan bukit bukau nun jauh. "Peristiwa ini berlaku jauh pada zaman lampau, sebelum ada pemerintah apatah
lagi undang-undang. Setiap kampung mempunyai puaknya sendiri. Mereka, antara

puak-puak itu tidak habis-habis bermusuhan sehingga banyak nyawa menjadi korban. Namun mereka hidup sebagai petani dan nelayan." Pak Cik Mali mengajak pendengarnya untuk membayangkan suasana zaman lampau. Zaman arwah moyangnya. Pak Cik Mali dengan penuh semangat hendak meneruskan ceritanya. Tiba-tiba…
"Sekejap, Pak Cik… terlupa saya sediakan alat perakam suara yang saya bawa," ujar seorang anak muda ketua rombongan, sambil mengeluarkan alat perakam suara itu dari dalam beg gendongnya. Sementara menanti Pak Cik Mali bersuara kembali, anak muda itu merenung ke arah sungai dan bukit bukau di hulu sungai tanpa berkata-kata. Pak Cik Mali senyum mengerti lakuan anak muda itu. "Biarlah Pak Cik mulakan kisah itu dari sungai dan persekitrannya , sebab setiap kehidupan bermula dari air," ujar Pak Cik Mali, tertawa kecil sambil membetulkan punggungnya sehingga dia dapat duduk di atas kerusi rotannya dengan nyaman. Kemudian Pak Cik Mali melanjutkan kisah "Batu Hidup" dengan kalimat pembukaannya. Telah diceritakan oleh nenek moyangnya bahawa, ketika itu sungai Kimanis jauh lebih lebar dan dalam airnya. Airnya mengalir turun dari muncung gunung ganang dan bukit bukau yang diseliputi kabus putih bersih, lembah dan lurah, jurang tirus dan pepohon yang menghijau. Ianya terbentang di depan mata. itulah dia banjaran Crocker. Air jernihnya mengalir turun lancar ke hulu sungai mengalir ke Laut China Selatan, dimana matahari terbenam. Maka bermulalah pembinaan beberapa buah kampung di sepanjang sungai tersebut. Setiap kampung mempunyai puaknya tersendiri. Kehidupan mereka selain bercucuk tanam adalah menjadi nelayan tepi pantai dan sungai. Namun, puak-puak ini sering bergaduh diantara mereka, sehingga ada mereka yang menjadi musuh berpanjangan. Manakala, di sebuah perkampungan bernama kampung Darat (sekarang dikenali
dengan nama kampung Brunei Kimanis) puak ini diketuai oleh seorang penghulu

bernama Datuk Pulang bersama-sama dengan rakan karibnya bergelar Datuk Pelompong. Datuk Pulang membina rumah panjang untuk puaknya dan semua penghuni tinggal bersama berkongsi semua yang ada di dalam rumah panjang tersebut. Namun Datuk Pelompong membina rumah-rumah berasingan sebuah-sekeluarga, bersama puaknya di kampung yang sama. Puak Datuk Pulang dan puak Datuk Pelompong adalah jiran sekampung di kampung Darat tersebut. Puak-puak sekampung ini saling berkerjasama dan bantu membantu. Semua penghuni patuh terhadap penghulu mereka, hatta mereka hidup sentosa, tenteram dan bahagia.
Puak-puak kampung Darat ini terdidik dengan sikap tidak mengemari mencetus
permusuhan dengan puak berlainan kampung, kecuali orang asing, atau puak lain

mendahului menggangu atau mencabar kedaulatan kampung atau menguji kesabaran

mereka. Selain dari itu, adab laluan masuk kampung bagi pendatang, yang tertib,

mestilah dari pintu hadapan. Bagi yang lalu di belakang rumah adalah dianggap berniat jahat atau penceroboh.
Suatu hari menjelang pagi, Datuk Pulang dan mereka yang dewasa tidak turun
ke dusun. Mereka berhasrat hendak menangkap ikan di paya atau di tasik jauh di pinggiran kampung. Seperti biasa sebelum mereka meninggalkan rumah panjang, barang-barang bernilai seperti emas dan perak disembunyikan. Ini dilakukan supaya barang-barang tersebut tidak dicuri oleh puak-puak penyerobot dari kampung lain. Mereka yang ditinggalkan di rumah panjang semuanya kanak-kanak.
Manakala pada pagi yang sama Datuk Pelompong dan puaknya yang dewasa sudah lebih awal mengayuh sampan mereka menyusur perlahan meredah sungai Kimanis ke arah muara sungai ke tepi pantai laut. Mereka mencari ikan, ketam, sotong , kerang di kawasan celah hutan pokok bakau dan di terumbu karang masa air laut surut. Seperti sudah jadi satu kebiasaan, puak Datuk Pelompong dan puak Datuk Pulang akan bertukar-tukar hasil pencarian mereka di kampung Darat. Kumpulan Datuk Pulang mula bertolak menyusur semak samun. Semuanya berhati- hati supaya tidak terkena calar balar, tercakar duri dan miang atau rumput lalang ketika mereka merentasi belukar. Tidak lama kemudian mereka sudah menghampiri hutan. Terasa bau harum amat bila deru terbang dari setiap penjuru hutan membawa bauan pelbagai bunga, dari hujung paya. Mulalah mereka menangkap ikan dengan pelbagai cara, mereka dapat ikan sepat, jelawat, haruan, keli dan talapia. Setelah hari hampir petang, cuaca beralih menjadi redup. Mereka pun bersiap-siap untuk pulang ke rumah panjang. Dengan tidak sekali terduga, di sebalik peninggalan puak Datuk Pulang, segerombolan ayau (lanun) yang baru habis berpesta minum-minuman memabukkan, telah menceroboh rumah panjang dengan niat untuk menyamun. Oleh sebab tiada seorang pun penghuni dewasa, maka mudahlah penyamun-penyamun itu menyelongkar untuk mendapatkan harta benda yang bernilai di setiap ruang dan sudut rumah panjang itu. Peralatan rumah habis berselerak di atas lantai. Mereka amat marah dan kecewa sebab tidak mendapat satu pun barang bernilai tinggi dari rumah panjang yang mereka cerobohi itu. Penghuni yang ada pada ketika itu adalah anak-anak puak Datuk Pulang. Ketua lanun itu mengarah pengikut-pengikutnya supaya membunuh semua kanak-kanak itu supaya tiada sesiapa boleh memberi keterangan dan mengenali mereka. Kemudian lanun-lanun itu pantas meninggalkan rumah panjang tersebut. Tanpa mereka sedari ada seorang budak perempuan penghuni bersembunyi di dapur dan menyaksikan perbuatan kejam lanun-lanun itu. Menjelang petang hari, Datuk Pulang dan kumpulan puaknya yang lain pun pulang. Setiba mereka di rumah panjang, mereka menjadi hairan. Tidak kelihatan seorang pun anak-anak mereka. Alangkah terperanjatnya mereka apabila sampai di pintu hadapan melihat ke dalam rumah mereka yang berselerak. Suasana di rumah panjang itu begitu hening. Datuk Pulang terkilan bercampur baran. Seketika kemudian muncul seorang budak perempuan yang tadi bersembunyi di dapur. Maka diterangkan oleh budak perempuan bentuk rupa ketua lanun yang mabuk itu dan beberapa orang pengikutnya. "Lanun-lanun yang mabuk itu turun dari rumah panjang dan berlari ke arah hulu," terang kanak-kanak yang terselamat itu dengan nada tersekat sekat, terketar- ketar sambil meratap kepiluan, tersedu-sedu. Datuk Pulang terkejut. Dia dan orang-orangnya mensyaki puak di sebelah hulu itulah yang bertanggungjawab melakukan tindakan yang kejam itu. Penghuni rumah panjang kampung Darat kemudian bersumpah yang mereka akan membalas dendam ke atas mereka terutama puak-puak yang tinggal di sebelah hulu. Mereka terus berunding dan merancang untuk mencari mereka yang bertanggungjawab. Ketika itu juga Datuk Pelompong dan kumpulan puaknya mendarat di tebing
sungai. Apabila mereka melintas rumah panjang, Datuk Pulang terus memberitahu

Datuk Pelompong bahawa rumah panjang mereka telah diserang lanun dan kanak-kanak mereka telah dibunuh. Alangkah terkejutnya Datuk Pelompong dan amat sedih melihat kejadian tersebut. Datuk Pelompong menyatakan hasratnya untuk membantu Datuk Pulang mencari lanun-lanun tersebut.
"Jangan kita pergi beramai-ramai, biar aku seorang sahaja yang pergi mencari
lanun-lanun laknat itu. Kamu semua tunggu sahaja disini!" tegah Datuk Pulang dengan

tegas kepada Datuk Pelompong dan pengikut-pengikutnya.
"Mengapa pula kami tidak boleh ikut Tuk? Kan lebih baik kalau kita beramai-ramai mencari lanun-lanun laknat itu?" tanya ketua Pelombong degan perasaan berkobar-kobar marah. "Ya Tuk, kami juga hendak ikut!" laung anak-anak buahnya yang lain. Seperti tidak sabar untuk menuntut bela. "Kamu sekalian berjaga sahaja di sini. Kamu semua mesti berkelakuan seperti biasa, supaya orang tidak menyedari apa yang aku akan lakukan nanti. Aku tidak mahu membahyakan orang-orang kita. Kalau kita berramai-ramai pergi nanti banyak pula antara orang kita terkorban. Kamu kemaskan pentas lansaran untuk upacara kukui." sambung Datuk Pulang kepada puak rumah panjangnya.. Akhir kata, mereka yang lain pun terpaksa akur dan bersetuju dengan keputusan dan cadangan Datuk Pulang. Saatnya sudah tiba, Datuk Pulang melangkah dengan seribu kekuatan semangat untuk membongkar kepincangan. Dia memilih waktu awal pagi apabila hari hampir siang. Sasarannya yang pertama adalah kampung Hulu. Apabila sahaja Datuk Pulang menemui orang sedang mabuk keluar dari rumahnya berjalan seorang, dan cuba lari apabila ternampak Datuk Pulang menghampirinya, maka tahulah Datuk Pulang bahawa itulah lanun yang dicarinya. Datuk Pulang lebih pantas menerkam mangsanya dan membunuhnya. Hari itu tiga orang mabuk terkorban oleh Datuk Pulang. Kepala-kepala mangsa itu dibawanya pulang dan digantung di atas pentas rumah panjang. Datuk Pulang mengulangi tradisi nenek moyangnya di daerah pedalaman zaman
itu, setiap kali seseorang berjaya membawa pulang tengkorak kepala orang, pada

malamnya diadakan keramaian secara besar-besaran. Maka pada malam itu ada upacara

kukui dan pemujaan oleh puak Datuk Pulang di hadapan tengkorak-tengkorak tersebut. Paluan kulintangan agung, berdengungan di udara, mengiringi tarian tagunggak dan lain-lain. Menurut kepercayaan mereka, berbuat demikian adalah supaya roh si mati tidak akan menggangu.
Selanjutnya Datuk Pulang hanya keluar mencari mangsanya dua atau tiga hari sahaja dalam seminggu. Hari-hari lain dia berehat supaya perbuatannya tidak diketahui penghuni kampung-kampung tersebut. Setelah beberapa lama penggal memenggal kepala ini dilakukan di kampung-kampung Hulu, suasana kehidupan harian mereka sentiasa dalam ketakutan. Mulalah penduduk kampung-kampung Hulu itu sentiasa berjaga-jaga. Maka sampailah giliran sebuah lagi kampung yang kenali sebagai kampung Kelatuan, menjadi sasaran Datuk Pulang. Ketika itu kampung Kelatuan juga mempunyai sebatang sungai yang besar dan lebar. Berhampiran ada bukit yang tinggi dan curam. Semasa Datuk Pulang dapat memenggal kepala mangsanya, ada seorang yang terlihat kejadian tersebut dari jauh. Maka dia pun menjerit memanggil orang-orang kampung. Mereka cuba mengepung Datuk Pulang dari tiga penjuru.
Tiada siapa menduga sebelum ini, bahawa Datu Pulang bukan sebarang orang. Dengan sekali lompatan, dia sudah berada di seberang sungai yang lebar itu. Kemudian dengan sekelip mata memandang, dia dilihat sedang mendaki dan memanjat bukit yang curam itu. Orang-orang kampung Kelatuan itu mengejarnya, mengunakan perahu untuk menyerbang sungai. Dalam masa mereka dalam kesulitan memanjat bukit Kelatuan itu sehingga sampai ke puncaknya, Datuk Pulang sudah lama beristirehat di kampungnya. Setelah berehat beberapa hari selepas kampung Kelatuan, Datuk Pulang meneruskan sasaran barunya, kampung Pengalat. Minggu seterusnya, kampung Beringgis dan kampung Pendawan. Kemudian akhirnya sampai ke kampung Putatan. Huru hara yang dilakukan Datuk Pulang itu memaksa Penghulu kampung Putatan memanggil tiga orang lelaki yang dikenali sangat kuat dan gagah perkasa. Datu Penghulu Putatan mengarah mereka bertiga untuk mencari Datuk Pulang, jika boleh terus saja tamatkan riwayatnya! Ketiga-tiga orang lelaki jaguh kampung lagi gagah perkasa tersebut pun mulalah pergi mencari dan terus mencari Datuk Pulang, dari satu kampung ke satu kampung yang lain, ke arah selatan. Mereka bertanya nama Datuk Pulang, dengan harapan ada orang yang mengenalinya, di setiap perkampungan yang di singgahi mereka. Syahadan, akhirnya tiga lelaki kampung Putatan pun tiba di kampung Darat. Mereka terlihat seorang tua yang sedang mengasah sebilah parang. Kemudian secara serempak mereka menuju ke hadapan orang tua itu. Dengan suara garau, kasar dan garang seorang daripada mereka bertanya kepada orang tua itu. "Liau! Adakah kau kenal orang yang namanya Datuk Pulang di kampung ini?" Sergah salah seorang lelaki Putatan itu. "Ya! aku kenal Datuk Pulang, apa hajat kamu mahu berjumpa dengannya?" jawab orang tua itu dengan nada lembut. Ketiga–tiga lelaki kampung Putatan itu pun memberitahu orang tua itu, bahawa mereka telah diarah oleh Datuk Penghulu Putatan mereka, untuk menguji kekuatan Datuk Pulang. Mereka telah banyak mendengar cerita tentang kegagahan Datuk Pulang. Mereka mahu bertarung dengannya dan membunuh Datuk Pulang jika perlu. Setelah Orang tua itu mengetahui hajat mereka dia pun teringin untuk menguji kegagahan mereka. Orang tua itu segera berhenti mengasah parangnya, dan langsung mendongak ke arah ketiga orang lelaki dari kampung Putatan itu yang berdiri di hadapannya. Orang tua itu, dengan jari telunjuknya menunjuk ke arah pokok kelapa yang tinggi. "Baiklah! Jikalau kamu boleh lakukan dengan sekali lompat saja dan berjaya mengambil pucuk daun Kelapa itu, baru aku memberitahu kamu dimana kamu boleh berjumpa dengan Datuk Pulang." ujar orang tua itu sambil bangun dari duduknya. "Senang saja itu bah!" jawab seorang daripada lelaki kampung Putatan itu. Memang pada permulannya ketiga lelaki kampung Putatan itu menyatakan mudah saja untuk menunaikan permintaan orang tua itu. Mereka pun cuba melompat, seorang demi seorang. Tetapi tidak seorang pun yang terdaya melompat setinggi pohon kelapa itu. Paling tinggi pun, setakat seperti kijang apabila terkejut melompat! Itu pun boleh dikira handal daripada orang kebanyakan. Mana boleh orang tua seperti itu menyamai kudrat melompat setinggi itu seperti mereka, fikir ketiga-tiga lelaki itu. Sekarang sampai giliran orang tua itu pula untuk menunjukan kehandalannya. Dengan sekali melompat seperti layang-layang badannya naik ke udara dan berjaya mengambil pucuk daun kelapa tersebut. Kini, mereka bertiga bagai kijang terjerat, tercenggang bodoh mereka menyaksikannya, tunduk malu ketiga-tiga lelaki tersebut. "Masih kah kamu mahu berjumpa Datuk Pulang?" tanya orang tua itu kepada ketiga orang lelaki dari Putatan yang dikatakan jaguh lagi gagah perkasa itu.
Ketiga-tiga lelaki itu senyap bisu seketika, umpama kijang berhadapan dengan harimau. "Sayalah Datuk Pulang, Penghulu di kampung Darat ini " sambung orang tua tadi, nada suaranya mula meninggi, amarah yang disembunyikan di dalam dadanya sejak tadi sudah meruap keluar melalui mulutnya. Namun apabila melihat ketiga-tiga lelaki itu ketakutan dan memohon ampun dan maaf, timbul pula rasa simpati di hati Datuk Pulang. Setelah itu, Datuk Pulang pun menyuruh ketiga-tiga lelaki itu beredar dan meminta mereka menyampaikan kepada Datuk Penghulu Putatan, bahawa Datuk Pulang masih hidup dan berada di kampung Darat Kimanis.
Sejurus kemudian ketiga-tiga lelaki itu pun mengorak langkah untuk pulang ke kampung mereka. Setiba sahaja mereka bertiga di Putatan, mereka terus menceritakan apa yang telah berlaku, kepada Penghulu Putatan. Penghulu Putatan merasa amat gelisah setelah mendengar keterangan tiga lelaki itu. Mereka mengakui bahawa mereka tidak akan dapat mengalahkan kehandalan Datu Pulang. Hanya satu saja jalan untuk menjamin keselamatan penduduk kampung Putatan. Iaitu memohon pendamaian kepada Datuk Pulang. Penghulu Putatan pun mengatur anak buahnya untuk membuat satu rombongan bersamanya menemui Datuk Pulang di kampung Darat Kimanis. Apabila rombongan Penghulu Putatan tiba di kampung Darat, mereka terus berjumpa Datuk Pulang untuk berunding tentang pendamaian antara kampung-kampung. Datuk Pulang bersedia untuk berdamai tetapi dengan syarat, iaitu Penghulu Putatan hendaklah membawa satu bongkah batu untuk di tanam di satu kawasan kampung Brunei Kimanis. Kemudian di situ akan mereka adakan satu upacara persumpahan perdamaian. Datuk Penghulu Putatan sangat bersetuju dengan syarat yang dipinta oleh Datuk Pulang. Semua penduduk kampung, terutamanya ketua-ketua puak serta ketua ketua kampung yang berada di sekitar daerah Papar dan yang melingkupi kampung Darat, kampung Brunei Kimanis hinggalah ke putatan. Maka hari yang telah ditetapkan pun tiba. Bongkah batu tunggal yang tegak,lilitan sekelilingnya sepemeluk orang dewasa. Tingginya lebih kurang 180 sentimeter, menyerupai tugu, telah dapat dibawa dari Putatan. Bongkah batu itu dibawa dengan  perahu melalui jalan laut, sebab belum ada jalan yang baik jika melalui daratan. Batu yang sangat berat itu dibaluti dengan kain bercorak bunga-bunga, tanda penghargaan dan pendamaian. Kemudian baru dimuatkan ke dalam perahu yang dilayarkan supaya tidak penat berkayuh di lautan. Perahu pembawa bongkah batu itu diarak masuk sungai Kimanis. Sampai di tebing sungai, bongkah batu itu diturunkan ke daratan dan ditarik oleh seekor kerbau terpilih yang mempunyai tenaga luar biasa kuatnya, namanya " Si Gendang Perang ".   Setelah tiba di sebuah kaki bukit, bongkah batu itu terus dipacakkan ke tanah beramai-ramai. Setelah tegak berdiri maka acara selanjutnya dijalankan, dan secara
kebetulan pada masa itu seorang yang telah ditangkap kerana melakukan kekejaman,
diikat kedua belah tangannya pada bongkah batu tersebut. Ketika itu kesemua orang-orang kampung sudah berhimpun. Panghulu-Penghulu kampung, ketua-ketua puak, orang-orang yang terkenal kegagahannya, ketua-ketua kampung, sudah pun hadir. Upacra bersumpah pun dijalankan. Persumpahan itu diketuai oleh Datuk Pulang sendiri. Mereka bersumpah akan tidak melakukan perbuatan ganggu menggangu dan bunuh membunuh antara satu puak dengan puak yang lain. Barang siapa yang melanggar sumpah, maka orang itu akan ditangkap dan diikat pada bongkah batu itu dan mesti dihukum dengan mengalirkan darahnya pada bongkah batu tersebut. Orang itu akan ditikam bergilir-gilir oleh setiap ketua puak hingga mati.
Setelah selesai sahaja lafaz sumpah, Datuk Pulang pun mengatakan yang bongkah batu itu mesti terus dimandikan dengan darah manusia yang berdosa. Datuk pulang terus mencabut kerisnya dan menikam orang yang tadi diikat kepada bongkah batu itu. Sejurus kemudian diikuti oleh ketua-ketua puak, ketua-ketua kampung dan orang-orang yang gagah secara bergilir-gilir. Mereka hanya berhenti menikam setelah orang yang bersalah itu sudah tidak bernyawa.
Semenjak hari persumpahan itu, apabila orang yang tertangkap kerana melakukan kesalahan yang diakui oleh masyarakat, maka hukuman akan dijatuhkan di tempat itu juga. Peristiwa perjanjian persumpahan itu mengakibatkan, lama kelamaan kegiatan menghuru-harakan ketenterman orang ramai, dan bunuh membunuh yang dahulu sering berlaku, tidak lagi berlaku sewenang-wenangnya. Secara langsung atau tidak kekacauan yang sering berlaku sebelumnya dapat diatasi. Diringkaskan cerita, sampailah penghujung riwayat Penghulu Datuk Pulang, dia pun meninggal dunia. Sebelum itu Datuk Pulang telah meninggalkan pesanan, bahawa apabila dia mati, dia ingin dikuburkan di kawasan berhampiran batu tersebut. Lalu ditunaikan hajatnya oleh anak-anak buahnya. Mayatnya dimasukan kedalam tempayan besar sebelum dikubur ke dalam tanah. Datuk Pelompong dengan puaknya walaupun berlainan budaya dengan Datuk Pulang, turut serta menghadiri pengkebumian sahabat baiknya dan jiran sekampung. Kurun demi kurun telah berlalu. Sejak Datuk Pulang dikebumikan di pohon batu sumpahan itu, ramai penduduk kampung Brunei Kimanis, dari satu keturunan ke satu keturunan menyedari bahawa batu berkenaan memang hidup. Bukti yang dapat dilihat, batu itu semakin lama semakin meninggi. Sehingga beberapa kurun kebelakang, ketinggiannya mencapai lebih kurang tiga ratus tiga puluh sentimeter atau bersamaan sebelas kaki lebih. Dua kali ganda dari ketinggian asalnya. Namun di antara tahun 1945 hingga 1946 bahagian atas batu itu telah patah dengan sendirinya dan gugur ke bumi. Sesuatu yang pelik berlaku, keratan batu yang jatuh kebawah itu kemudiannya ghaib dengan sendirinya. Kemudian dipercayai telah timbul berhampiran dengan sebuah rumah di kampung Kabang. Bentuknya juga menyerupai seperti batu sumpahan yang berada di kampung Brunei Kimanis. Didapati ia juga tumbuh dan membesar dari semasa ke semasa. Batu sumpahan atau batu hidup ada juga memanggilnya batu pembunuhan, bersama-sama tempayan yang besar, masih boleh dilihat di kampung Brunei Kimanis. Kawasan tersebut, telah diperbaiki dan dipelihara oleh penduduk-penduduk kampung.
"Pak Cik Mali, mengapa ada sesetengah orang datang dan menjadikan kawasan kubur itu sebagai keramat, minta pelbagai hajat dan menilik nasib.? Tanya seorang anak muda dengan penuh minat. "Penduduk kampung Brunei Islam tidak berbuat demikian. Syirik. Berdosa besar menyekutukan Tuhan !" tegas Pakcik Mali menamatkan ceritanya."

Begitulah sejarahnya bermula...Allahu A'lam